Pada Disember 2021 berkhidmat di MUIS Holdings Sdn Bhd sehingga kini dan menyandang jawatan sebagai Pengurus Operasi. Orang yang diberi amanah dan tanggungjawab memastikan operasi Syarikat MUIS Holdings Sdn Bhd berjalan dengan baik dan lancar, sangat berpengalaman luas dan mahir menyelaras Perolehan, Pentadbiran serta Logistik syarikat bagi mencapai matlamat yang ditetapkan, memahami keperluan pasaran dan permintaan serta strategi syarikat. Menjaga dan mengekalkan hubungan yang baik di semua peringkat. Terlibat dalam bidang korporat selama 22 tahun di Faber Medi-Serve Sdn Bhd subsidiari milik penuh Faber Group di dalam Kumpulan UEM di bawah Khazanah Nasional Berhad.
Ketua Perolehan, Logistik & Pentadbiran di Faber Medi - Serve Sdn Bhd (Ogos 2007 – Julai 2015)
Menyelaraskan perolehan dan pembelian bahan dan produk untuk Faber Medi-Serve Sdn Bhd dan mengekalkan hubungan perniagaan dengan pembekal. Bertanggungjawab terhadap sebahagian besar tugas pentadbiran dalam syarikat.
Pembantu Perolehan, Logistik & Pentadbiran di Faber Medi - Serve Sdn Bhd (Dec 1998 – Ogos 2007)
Membantu menyelaras perolehan dan pembelian, penyediaan permintaan sebutharga, permulaan
tawaran, permintaan untuk cadangan dan penyelarasan penghantaran tepat pada waktunya. Membantu
menguruskan perihal pentadbiran pejabat dari segi memantau aset syarikat , bekalan dan peralatan pejabat serta membantu menguruskan pengubahsuaian pejabat.