Anak Jati Sabah berasal dari daerah Beluran dan mendapat pendidikan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah dalam bidang Diploma Kejuruteraan Awam pada tahun 2003. Pengalaman bekerja selama 15 tahun di dalam bidang Kejuruteraan Awam dan Pengurusan Perkhidmatan Fasiliti serta seorang yang sangat berpengalaman luas di dalam menjalankan aktiviti penyelenggaraan bangunan.
Pada Januari 2022 sehingga sekarang berkhidmat dengan MUIS Holdings Sdn Bhd dan menyandang jawatan sebagai Pengurus Perkhidmatan Fasiliti.
Pernah bekerja dengan Syarikat Wisma Harta Sdn Bhd, salah satu subsidairi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) pada Mac 2018 sehingga April 2020 sebagai Pengurus Perkhidmatan Penyelenggaraan. Bertanggungjawab menguruskan hal-hal operasi dan penyelenggaraan bangunan Wisma MUIS di Sembulan, Kota Kinabalu.
Pada Disember 2017 sehingga February 2018 beliau juga pernah berkhidmat dengan Syarikat Jaya Borneo Engineering Sdn Bhd, sebagai “Project Site Manager” dan menjalankan kerja-kerja kejuruteraan awam.
En. Fredolin juga pernah bertugas di Petronas Carigali, Sabah Operasi Manara Petronas Kota Kinabalu sebagai “Executive building maintenance & services, Sabah Corporate Affairs and Administrations”. Berkhidmat dengan Petronas Carigali selama 8 tahun bermula pada Ogos 2007 sehingga Februari 2015. Beliau adalah orang yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab sepenuhnya oleh pihak Petronas bagi menyelia dan menjaga kerja-kerja kejuruteraan awam serta perkhidmatan fasiliti di Menara Petronas Kota Kinabalu.
Selain itu beliau juga pernah bertugas sebagai Jurutera kilang minyak kelapa sawit di PPB Oil Palm, Sapi Palm Oil Mil Sdn Bhd, Sandakan Sabah selama 5 tahun sejak Julai 2003 sehingga May 2007 dan diberi tanggungjawab untuk memastikan segala operasi dan penyelenggaran bangunan kilang tersebut dapat diselia dengan baik dan teratur serta mematuhi “ Health, Safety & Environment (HSE) yang ditetapkan oleh DOSH Malaysia.