MUIS TRAVEL & TOURS SDN BHD

Subsidiari Milik Penuh MUIS Holdings Sdn Bhd

Latar Belakang

MUIS TRAVEL & TOURS SDN BHD (MTTSB), telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dibawah Akta Syarikat 1965, pada 01hb October 2013 dengan nombor pendaftaran syarikat 201301034577 (1064405-M).

Pada Januari 2023, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah mengambil alih sepenuhnya MTTSB melalui anak syarikatnya MUIS Holdings Sdn Bhd, dengan matlamat untuk menawarkan perkhidmatan Pakej Haji dan Umrah, pelancongan dalam dan luar negara, perhotelan, pengangkutan, pakej percutian, tempahan tiket penerbangan dan lain-lain.

 

MTTSB merupakan sebuah syarikat Bumiputera Sabah pertama yang menawarkan perkhidmatan ejen pelancongan Haji dan Umrah yang selama ini dimonopoli oleh syarikat ejen pelancongan dari Semenanjung Malaysia.

MTTSB memulakan operasinya pada 1 Mac 2023 dipejabat yang baru di 3 Towers Jalan Ampang, Kuala Lumpur, dengan tumpuan awal pada operasi pengangkutan atau kereta sewa berpemandu.

 

Melalui perancangan yang strategik,pengurusan kos berhemah, sistem operasi yang efisien dan penyediaan tenaga kerja yang dinamik, MTTSB mampu merealisasikan kehendak pelanggan.