MUIS HOLDINGS SDN BHD

Latar Belakang

MUIS HOLDINGS SDN BHD, telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965. Pada 02hb September 1994 berdaftar di atas nama TUAH KORPORAT SDN BHD dan pada 15hb Januari 2014 telah menukar nama kepada TUAH PADI BERAS (SABAH) SDN BHD. 07hb Februari 2020, TUAH PADI BERAS (SABAH) SDN BHD telah menukar nama dan didaftarkan atas nama MUIS HOLDINGS SDN BHD.

Bermula dari awal permulaan perniagaan yang berasaskan kepada Import dan Export, kini MUIS HOLDINGS SDN BHD (MHSB) telah beralih perniagaan lebih terbuka kepada Pelaburan Am, Kejuruteraan Awam, Perkhidmatan, Perbekalan dan Bidang Telekomunikasi. MHSB mempunyai kakitangan yang mahir dan berpengalaman luas di dalam menjalankan kerja-kerja berkaitan pembinaan, perkhidmatan, bekalan dan bidang telekomunikasi seterusnya menjadikan MHSB mengorak langkah lebih jauh kehadapan.

 

MUIS HOLDINGS SDN BHD merupakan 100% Subsidiari milik penuh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan berdaftar di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Kelas G01 bagi menjalankan kerja-kerja Awam dan Binaan Bangunan serta kerja-kerja binaan lain yang berkaitan dengan sijil CIDB. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dibawah Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) dan mempunyai lesen berniaga yang sah didaftarkan di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bagi menjalankan aktiviti perniagaan (Kejuruteraan Awam, Perkhidmatan, Bekalan dan Telekomunikasi).

Oleh yang demikian, MUIS HOLDINGS SDN BHD mampu merealisasikan impian mengikut kehendak klien dengan berpaksikan Slogan Syarikat ( KREATIF – KERJASAMA – INOVASI )

Organisasi Syarikat

Ahli Lembaga Pengarah