Taklimat MH Corporate SME – Malaysia Airlines

KOTA KINABALU – Sesi Taklimat MH Corporate SME dari Malaysia Airlines telah dipengerusikan oleh Tuan Ramlan bin Awang Ali dan dihadiri oleh wakil Bahagian Pelaburan MUIS, En. Mohammad bin Mustari, Pengurus Kewangan MHSB, Pn. Marliza binti Syamsuri, Ketua Pegawai Eksekutif MUIS Education, En. Mohd Shofian serta Eksekutif Operasi, Pn. Masni binti Abdullah.

Taklimat ini bertujuan untuk membincangkan peluang kerjasama antara MHSB dan Malaysia Airlines dalam program MH Corporate SME, yang menawarkan pelbagai manfaat perjalanan korporat untuk syarikat berskala kecil dan sederhana. Perbincangan turut menekankan aspek pengurusan kos, kelebihan program, serta strategi penggunaan insentif perjalanan bagi meningkatkan kecekapan operasi syarikat.