Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MHSB Bil.2/2024

KOTA KINABALU – Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MHSB Bil. 2/2024 telah berlangsung dengan dipengerusikan oleh Tuan Ramlan bin Awang Ali. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Datuk Pengiran Saifuddin Bin Pengiran Tahir, Tuan Awang Othman Bin Pgn. Gamok, Datuk Nor Asiah Binti Mohd Yusof, Datuk Jumain bin Abdul Ghani dan Tuan Mohamad Damshal Bin Awang Damit.

Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat ini termasuk kelulusan DAL, terma perkhidmatan serta struktur gred dan tangga gaji, serta pembentukan Jawatankuasa OSA. Selain itu, mesyuarat turut membincangkan cadangan projek pembangunan aplikasi Majlis Ugama Islam Sabah, iaitu MyMUIS, serta beberapa cadangan kerjasama perniagaan seperti pembekalan daging ayam beku, ternakan lembu dan penjualan daging lembu.