KOTA KINABALU – MUIS Holdings Sdn Bhd (MHSB) telah menyertai Majlis Mahabbah Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Bersama Agensi-Agensi Islam Tahun 2026M yang berlangsung pada 22 April 2026 di Dewan Saadah.
Majlis ini menghimpunkan pelbagai agensi dan institusi Islam di Sabah sebagai platform memperkukuh hubungan silaturahim serta kerjasama strategik antara organisasi.
Penyertaan MHSB dalam majlis ini mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menyokong inisiatif-inisiatif yang memperkasakan institusi Islam dan pembangunan ummah di negeri ini. Kehadiran wakil-wakil MHSB turut membuka ruang jaringan profesional dan pertukaran pandangan bersama agensi lain.
Dalam suasana penuh mesra, Pengerusi MHSB, YB Datuk Nik Nadzri bin Nik Zawawi turut berpeluang mengunjungi reruai juadah MHSB dan subsidiari yang disediakan sepanjang majlis. Hadir bersama YBhg. Datuk Nor Asiah binti Mohd Yusof selaku ahli lembaga pengarah MHSB.
Majlis Mahabbah ini juga menjadi simbol kesatuan dan keharmonian antara pemimpin, agensi dan masyarakat dalam usaha memperkukuh peranan institusi Islam secara menyeluruh di Sabah.





