Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MHSB No.1/2026

KOTA KINABALU – MUIS Holdings Sdn. Bhd. (MHSB) telah mengadakan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah yang dipengerusikan oleh YB Datuk Nik Mohd Nadzri bin Nik Zawawi pada Selasa lepas di Bilik Mesyuarat Utama MUIS, Wisma MUIS.
 
Turut hadir ialah Ahli-Ahli Lembaga Pengarah MHSB iaitu YB Datuk Pengiran Saifuddin bin Pengiran Tahir, YBhg. Datuk Nor Asiah binti Mohd. Yusof, JP, YBhg. Datuk Jumain bin Jikah @ Abdul Ghani, YBrs. Tuan Shir Zaman bin Fazul Rahman, YBrs. Dr. Putera Aliif Al’ain bin Jasni, YBhg. Dato’ Abdul Rahman bin Abdul Ghani, YBhg. Datuk Haji Salsidu bin Haji Ibrahim, JP serta YBhg. Datuk Ramlan bin Awang Ali.
 
Dalam majlis yang sama, sesi penyerahan surat lantikan Ahli Lembaga Pengarah MHSB turut disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Yahya bin Haji Hussin kepada semua ahli yang dilantik.
 
Pelantikan ini diharapkan dapat memperkukuhkan lagi tadbir urus korporat, memperluaskan jaringan strategik serta memacu pertumbuhan dan pembangunan MHSB selaras dengan aspirasi MUIS dalam memperkasa ekonomi ummah di Negeri Sabah.
 
Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada semua Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik.