MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH MHSB NO.1/2023

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MUIS Holdings Sdn. Bhd. Bil. 1/2023 diadakan buat julung kalinya di Bilik Mesyuarat Utama Blok A, Tingkat 5 Wisma MUIS. Dipengerusikan oleh Tuan Ramlan Bin Awang Ali membincangkan mengenai pelantikan ahli Lembaga yang baru iaitu Datuk Pengiran Saifuddin Bin Pengiran Tahir, Tuan Awang Othman Bin Pgn.Gamok, Datuk Sapdin Bin Ibrahim, Datuk Nor Asiah Binti Mohd Yusof dan Tuan Mohamad Damshal Bin Awang Damit. Disamping itu juga, Tuan Pengerusi memperkenalkan Setiausaha syarikat baharu iaitu En. Faigdal Bin Kagawahan dari FK Management & Advisory Services Sdn Bhd.

Diantara agenda yang dibincangkan pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MHSB Bil.1/2023 adalah Pengenalan MUIS Holdings Sdn Bhd, permohonan cadangan menambah modal berbayar MHSB oleh pihak MUIS, makluman dan perakuan pembelian syarikat Seven Leisure Holidays Sdn Bhd (SLHSB), makluman dan perakuan penubuhan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Kolej MUIS), perakuan penyata kewangan MHSB bagi tempoh kewangan berakhir 31 Disember 2022, prestasi kewangan setakat 30 Jun 2023, dan makluman pelantikan baharu bagi setiausaha, juruaudit dan agen cukai syarikat.