Bermula pada bulan Jun 2019 sehingga sekarang beliau menyandang jawatan sebagai Setiausaha merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Mendapat pendidikan di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal /Sistem dengan Kepujian.
Pada 11 Oktober 2021, Majlis Tertinggi MUIS (MTM) telah memutuskan bersetuju memperakukan pelantikan En.Ramlan Bin Awang Ali sebagai Pengerusi MUIS Holdings Sdn Bhd.
Tahun 2010, beliau adalah anak jati Sabah yang pertama diberi amanah memegang jawatan sebagai Pengurus Wilayah Sabah di dalam projek konsesi Perkhidmatan Sokongan Hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang melibatkan 26 buah Hospital dengan perkhidmatan (Penyelenggaraan, Pembersihan, Dobi & Sisa Buangan Berjadual) melalui Syarikat Faber Medi-Serve Sdn Bhd, subsidiari Kumpulan UEM dibawah Khazanah National Berhad. Rekod pencapaian, Sabah telah dinobatkan sebagai negeri terbaik konsesi selama 3 tahun berturut-turut.
Dengan prestasi beliau yang cemerlang pada tahun 2011, 2012 dan 2013 beliau telah diberi tanggungjawab yang lebih besar iaitu sebagai Ketua Operasi untuk keseluruhan konsesi dibawah UEM Berhad (Faber Group Berhad), “Healthcare Division” dan menerajui 7 buah negeri (Sabah, Sarawak, W.P Labuan, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Perlis) dengan perolehan tahunan sebanyak RM600 Juta dan seramai 8,000 kakitangan.
Untuk rekod, pada tahun 2011 dan 2012 di bawah seliaan operasi beliau, syarikat Faber Medi-Serve Sdn Bhd telah dinobatkan sebagai konsesi terbaik di Malaysia dengan keputusan penilaian kepuasan pelanggan lebih daripada 94%. Pada tahun 2012, beliau juga telah berjaya mencatatkan prestasi operasi serta kewangan terbaik syarikat selama beroperasi dalam tempoh 17 tahun.
Pada tahun 2014, beliau telah berhasrat untuk mencurahkan jasa bakti beliau ke Negeri Sabah dan telah menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan di UMS Investment Holdings Sdn Bhd yang merupakan syarikat milik penuh Universiti Malaysia Sabah.
Beliau juga pernah dilantik menjadi Ketua Projek ke Abu Dhabi, United Arab Emirates, UAE bagi mengetuai kumpulan pertama seramai 11 orang pertama untuk memulakan projek di Sembilan(9) buah hospital di UAE.