MUIS Perkukuh Kerjasama Strategik dalam Pembangunan Penyedia Latihan Bomba di Sabah

KOTA KINABALU – Sesi Penilaian dan Pemeriksaan Bagi Penyedia Latihan Bomba telah berlangsung di Bilik Madani, Tingkat 2, Blok A, Wisma MUIS, bagi menilai kesediaan dan keupayaan penyedia latihan dalam memenuhi keperluan serta standard yang ditetapkan bagi pelaksanaan latihan keselamatan kebakaran.

Sesi tersebut dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Ramlan bin Awang Ali, Setiausaha Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) merangkap Pengarah Urusan Kumpulan MHSB.

Rombongan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pula diketuai oleh PKPjB Abdul Khair bin Osman, Ketua Seksyen Perakuan Bangunan, Bahagian Keselamatan Kebakaran, JBPM.

Turut terlibat dalam sesi penilaian dan pemeriksaan ini ialah Wisma Harta Sdn. Bhd. serta MUIS Education, anak syarikat MUIS Holdings Sdn. Bhd.


Pelaksanaan sesi ini merupakan langkah penting dalam memastikan penyedia latihan mempunyai keupayaan dan memenuhi standard yang diperlukan untuk menawarkan latihan keselamatan kebakaran secara profesional. Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen pihak MUIS dan syarikat kumpulannya dalam memperluas pembangunan kompetensi serta kepakaran dalam bidang keselamatan kebakaran di Sabah.