Lawatan yang berlangsung di Podium, Tingkat 1, Wisma MUIS itu diketuai oleh Tn. Shir Zaman bin Fazul Rahman, Pengurus Operasi syarikat, bersama Prof. Madya Dr. Salleh bin Ayub selaku ketua Taskforce Kolej MUIS. Bahagian Pelaburan MUIS diwakili oleh Tuan Muhammad Nazrin bin Mansor, Pegawai Pelaburan (Pembangunan Perniagaan). Hadir bersama Cik Nur Alizawati bin Ali selaku Jurutera syarikat.






Lawatan ini bertujuan meninjau dan menilai kesesuaian tapak cadangan pembinaan, di samping mendapatkan gambaran awal mengenai aspek perancangan, keperluan pembangunan serta potensi pelaksanaan projek berkenaan.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen MUIS Holdings dalam menyokong usaha memperkukuh pembangunan pendidikan melalui perancangan penubuhan Kolej MUIS, sekali gus membuka ruang kepada penyediaan peluang pendidikan dan pembangunan modal insan pada masa hadapan.





